Tuesday 27 November 2012

ZIARAH KASHMIR

ZIARAH KASHMIR
2 – 10 JANUARI 2013
(8H 7M) SRI LANKA AIRLINES


2 JANUARI HARI PERTAMA DELHI
Berkumpul Di KLIA Jam 6.00 Pagi. Bertolak ke Colombo. Transit Di Colombo. Insya-Allah Akan Tiba Di Delhi Pada Jam 5.00 Petang. Jemaah Akan Disambut Oleh Pemandu Pelancong Dan Akan Terus Dihantar Ke Hotel Penginapan. Pada Malamnya Acara Bebas.

3 JANUARI HARI KEDUA DELHI – SRINAGAR (B/L/D)
Setelah Bersarapan Pagi, Rombongan Akan Berlepas Ke Srinagar Menaiki Penerbangan Domestik. Sampai Di Srinagar, Jemaah Akan Daftar Masuk Ke Rumah Bot. Makan Tengahari Dan Makan Malam Sambil Menikmati Pelayaran.

4 JANUARI HARI KETIGA SRINAGAR (B/L/D)
Lawatan Dimulakan Dengan Bersiar – Siar Di Taman Mughal Dan Melawat Nishat Bagh (Abode Of Pleasure) Yang Dibina Oleh Asif Khan – Ipar Kepada Jehangir Pada 1632. Shalimar Bagh (Abode Of Love) Dibina Oleh Jehangir Kepada Isterinya Permaisuri Noor Jehan. Kesemua Taman Ini Terletak Di Tebing Tasik Dal Dengan Gunung Zabarwan Sebagai Latar Belakang. Dalam Perjalanan Pulang, Singgah Melawat Kilang Membuat Permaidani. Menaiki Shikara Di Tasik Dal Untuk Melawat Taman Terapung. Makan Malam Di Rumah Bot.

5 JANUARI HARI KEEMPAT SRINAGAR – GULMARG – SRINAGAR (B/L/D)
Selepas Bersarapan, Lawatan Diteruskan Ke Gulmarg (Meadow Of Flowers) 2730 Meter Di Atas Paras Laut. Gulmarg Merupakan Salah Satu Pusat Ski Yang Terbaik Di Dunia Dan Merupakan Pusat Golf Yang Tertinggi Di Dunia. Makan Tengahari Di Gulmarg. Bertolak Pulang Ke Srinagar Pada Sebelah Petang. Makan Malam Di Rumah Bot.

6 JANUARI HARI KELIMA SRINAGAR – DELHI – JAIPUR (B/L/D)
Sarapan Pagi Dan Aktiviti Bebas Pada Paginya. Selepas Makan Tengahari, Jemaah Akan Bertolak Ke Lapangan Terbang Untuk Penerbangan Pulang Ke Delhi. Tiba Di Delhi, Terus Bertolak Ke Jaipur. Jarak Perjalanan 265km Memakan Masa Hampir 6 Jam. Tiba Di Jaipur, Daftar Masuk Hotel & Makan Malam.

7 JANUARI HARI KEENAM JAIPUR – AGRA (B/L/D)
Sarapan. Lawatan Dimulakan Dengan Melawat Hawa Mahal Dan Kubu Amber. Kubu Amber Merupakan Kubu Yang Sangat Cantik. Seterusnya, Ke Istana Bandar Dan Janther Manther . Makan Tengahari Dan Seterusnya Bertolak Ke Agra Melalui Fatehpur Sikri. Jarak 235km Dalam Masa 5 Jam. Tiba Dia Agra, Daftar Masuk Hotel Dan Makan Malam.

8 JANUARI HARI KETUJUH AGRA – DELHI (B/L/D)
Setelah Bersarapan, Rombongan Berpeluang Melawat Ke Taj Mahal. Salah Satu Daripada Tujuh Keajaiban Dunia Yang Dibina Oleh Maharaja Shah Jahan – Mughal Empayar Kepada Isterinya Mumtaz. Taj Mahal Dibina Menggunakan Marmar Putih Dan Mengambil Masa Selama 22 Tahun Untuk Siap. Selepas Itu, Lawatan Diteruskan Ke Kubu Agra. Kubu Ini Mempunyai Pelbagai Tempat – Tempat Menarik Seperti Masjid Mutiara Dan Seterusnya Melawat Kilang Marmar. Selepas Makan Tengahari, Bertolak Ke Delhi. Makan Malam Dan Bermalam Di Hotel.

9 JANUARI HARI KELAPAN DELHI – KUALA LUMPUR (B/L)
Selepas Sarapan, Lawatan Diteruskan Dengan Bersiar – Siar Sekitar New Delhi Dan Melawat Gerbang India Sambil Melalui Kubu Merah, Rumah Presiden, Parlimen, Kawasan Kedutaan Dan Qutab Minar. Bertolak Ke Lapangan Terbang. Penerbangan Ke Colombo Pada Jam 6.00 Petang.

10 JANUARI HARI KESEMBILAN KUALA LUMPUR
Transit Di Colombo. Berangkat Ke Kuala Lumpur Pada Jam 12.40 Pagi. Rombongan Akan Sampai Di KLIA Pada Jam 6.55 Pagi. Sampai Disini Perjalanan Ziarah

HARGA PAKEJ RM 4390.00 SAHAJA

Pakej Termasuk:
- Tiket Penerbangan Antarabangsa Pergi dan Pulang Termasuk Tax (SriLankan Air)
- Tiket Penerbangan Dalam Negeri (India) Pergi Dan Pulang Termasuk Tax
- Tujuh Malam Tidur Di Hotel / Rumah Bot
- Makanan Halal Seperti Dalam Jadual
- Ziarah Seperti Dalam Jadual
- Pengagkutan Sepanjang Masa Ziarah
- Bayaran Masuk Tempat – Tempat Perlancongan
- Visa Pelancongan India

Package Tidak Termasuk:
- Tip Untuk Pekerja Hotel
- Perbelanjaan Peribadi Seperti, Dobi, Makan Dan Minum Luar Dari Menu, Dan Lain2
- Mana – Mana Bayaran Tambahan Yang Dikenakan Oleh Pihak Hotel Ataupun Syarikat Penerbangan.
- AXA Insuran Perlindungan Peribadi RM 48.00 Seorang

Maklumat Penerbangan Antarabangsa:
UL319 2JAN KUL/CMB 0850/0945
UL195 2JAN CMB/DEL 1415/1750
UL196 9JAN DEL/CMB 1850/2225
UL318 10JAN CMB/KUL 0040/0655

SILA HUBUNGI: HJ AB KADIR MAYAN – 0133428701
ADAM – 0122537106
PEJABAT – 0333712077

No comments:

Post a Comment