Thursday 26 September 2013

PAKEJ KEMBARA WALI SONGO 2013


KEMBARA ZIARAH WALI SONGO

TEMPAT – TEMPAT MENARIK YANG AKAN DIZIARAHI :-
-          9 Makam Wali Songo Sepanjang Tanah Jawa (Surabaya – Jakarta)
-          Masjid Ajaib Di Malang (Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali  Fadlaailir Rahmah)
-          Makam As-Syeikh  Assamar Kamndi (Orang Tua Sunan Ampel)
-          Obyek Wisata Cibaduyut (Pusat Membeli Belah Barangan Kulit)
-          Gunung Tangkuban Perahu (Gunung Berapi)
-          Pasar Baru Bandung & Kompleks Membeli Belah Mangga Dua
-          Masjid Istiqlal Jakarta

PAKEJ TERMASUK :-
-          Tiket Kapal Terbang Garuda Airlines Pergi Dan Balik (Turun di Surabaya, Pulang Dari Jakarta)
-          Hotel Penginapan 2 Bintang Atau Setaraf (2 Orang Sebilik)
-          Pengangkutan (Bas Berhawa Dingin)
-          Makan 3 Kali Sehari

PAKEJ TIDAK TERMASUK :-
-          Airport Tax Jakarta Sahaja
-          Makanan Dan Minuman Diluar Menu Yang Disediakan


JADUAL PERJALANAN PAKEJ ZIARAH / KEMBARA WALI SONGO 2013

Hari Pertama        (Surabaya – Malang)
Jemaah dijemput dari Airport Surabaya dan menaiki bas menuju ke Turen, Malang. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Ziarah terus ke Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali Fadlaailir Rahmah. Kemudian membeli belah Kedai “kripik buah dan kripik tempe sanan”. Waktu malam meneruskan  perjalanan ke kota Surabaya. Menginap di Surabaya.

Hari Ke-Dua (Surabaya – Tuban)
Setelah sarapan pagi di hotel, Jemaah akan dibawa berjalan kaki ke Makam Sunan Ampel dan Masjid Ampel di Surabaya. Ziarah dilanjutkan ke Makam Sunan Giri serta Sunan Maulana Malik Ibrahim di Gresik. Seterusnya Jemaah akan dibawa ke Makan Sunan Drajat di Lamongan & Makam As-Syeikhj Assamar Kamndi (orang tua Sunan Ampel). Ziarah yang terakhir pada hari ke-2 ialah ke Makam Sunan Bonang di Tuban. Waktu Malam hari Meneruskan perjalanan ke hotel untuk menginap di Tuban.

Hari Ke-Tiga (Kudus – Pekalongan)
Setelah sarapan di hotel dan chek out, kemudian Jemaah akan melanjutkan perjalanan ke Kudus dan menziarah Makam Sunan Kudus. Seterusnya ke  Makam Sunan Muria di desa Colo Kudus. Dan terakhir pada hari ini ke desa Kadilangu Demak untuk menziarah Makam Sunan Kalijaga. Perjalanan diteruskan ke Pekalongan untuk menginap di kota Pekalongan.

Hari Ke-Empat (Cirebon – Bandung)
                Pagi setelah sarapan, Jemaah akan meneruskan perjalanan ke Cirebon untuk menziarahi Makan Sunan Gunung Jati. Selesai ziarah, Jemaah akan bergerak menuju ke Kota Bandung. Dalam perjalanan singgah sebentar di Obyek Wisata Cibaduyut pusat barangan kulit yang terkenal di Bandung. Habis membeli belah, Jemaah akan dibawa ke hotel untuk menginap.

Hari Ke-Lima (Bandung)
Setelah bersarapan pagi yang disediakan oleh Hotel, Jemaah akan dibawa ke Gunung Tangkuban Perahu. Pada petangnya Jemaah akan dibawa membeli belah barangan murah di Pasar Baru Bandung. Selepas makan malam Jemaah kembali menuju ke hotel untuk menginap.

Hari Ke-Enam (Bandung – Jakarta)
                Pagi setelah sarapan & chek out, Jemaah akan melanjutkan perjalanan ke Jakarta dan terus menuju ke Monas di Jakarta. Kemudian ke Pasar Pagi Mangga Dua untuk membeli belah. Makan tengahari di Restoran tempatan. Petangnya akan  dihantar menuju ke Bandara Internasional Sukarno Hatta untuk meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia.


MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
TUAN HAJI AB KADIR     :       0133428701
ADAM                               :       0122537106
PEJABAT                         :       0333712077

PAKEJ UMRAH 2014